Header Ads

test

BELANJAWAN KEDAH 2025 : ANGGARAN HASIL NEGERI CECAH RM790 JUTA


BELANJAWAN KEDAH 2025 : ANGGARAN HASIL NEGERI CECAH RM790 JUTA ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah menganggarkan hasil pada tahun 2025 adalah berjumlah RM790 juta, meningkat RM42 juta berbanding anggaran tahun 2024. Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sumber utama hasil termasuklah Hasil Tanah yang berjumlah RM518.04 juta, Pelbagai Hasil berjumlah RM219.71 juta, Hasil Hutan berjumlah RM35.73 juta dan Hasil Daerah berjumlah RM16.52 juta. "Kerajaan Negeri menjangka akan berlaku peningkatan dalam kutipan hasil pada tahun 2025 berdasarkan prestasi semasa kutipan dan tindakan yang telah dirancang di pelbagai peringkat melibatkan pemantauan kutipan hasil semasa, tunggakan hasil dan pemantauan terhadap ketirisan hasil oleh agensi utama kutipan hasil negeri," ujar beliau dalam Sidang Bajet 2025 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Beliau turut mencadangkan peruntukan perbelanjaan mengurus tahun 2025 berjumlah RM889.9 juta. Tambahnya daripada jumlah tersebut, sejumlah RM87.2 juta adalah merupakan peruntukan yang diperuntukkan sebagai Caruman Kumpulan Wang Pembangunan Negeri untuk menampung defisit Kumpulan Wang Pembangunan Negeri. "Bajet tahun 2025 dirangka dengan meneruskan kesinambungan agenda membangunkan Negeri Kedah berpaksikan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan The Greater Kedah berlandaskan konsep Kedah Sejahtera - Nikmat Untuk Semua," kata beliau. Jelas beliau lagi, sehingga 31 Oktober 2024 jumlah terimaan hasil adalah sebanyak RM633.68 juta atau 84.7 peratus daripada anggaran hasil yang ditetapkan sebanyak RM748 juta dalam Bajet Tahun 2024. Katanya, jumlah perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM565 juta atau 66.3 peratus sehingga 31 Oktober 2024 daripada anggaran perbelanjaan yang ditetapkan sebanyak RM852 juta di dalam Bajet Tahun 2024. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #sidangbajet2025 -UPDA 11/24/2024, 11:00:24 AM 

Tiada ulasan