CLQ, ELAK ISU PEKERJA ASING DAN KOMUNITI TEMPATAN
CLQ, ELAK ISU PEKERJA ASING DAN KOMUNITI TEMPATAN KULIM – Pembinaan bangunan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) fasa kedua bakal menempatkan 2,224 pekerja yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 5,000 pekerja memenuhi kehendak Akta 466. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihak kerajaaan, industri dan swasta turut terlibat dalam penyediaan penginapan kepada pekerja. Tambahnya, pihak Beaver dan Kujaya akan berkolaborasi bersama para majikan di kawasan industri yang memerlukan penginapan pekerja melalui rundingan antara dua pihak. "Dulu ada isu sewaktu covid, isu berhimpit-himpit dalam penempatan pekerja yang mendatangkan bahaya. "Apabila kita buat penempatan pekerja khususnya warga asing di taman perumahan, ia menimbulkan suasana yang tidak harmoni kerana perbezaan budaya dan norma-norma masyarakat sekitar," jelasnya. Sanusi berkata, kini isu komuniti setempat dapat diselesaikan dengan adanya penempatan berpusat di CLQ. "Buat masa sekarang, banyak pekerja kawasan industri Kulim tinggal di sekitar Padang Serai dan ada yang tinggal di Penang kerana kebanyakan kilang (pekerja kilang) yang berpindah ke Kulim ni asalnya dari Penang," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di Majlis Perasmian Asrama Pekerja Berpusat di Kediaman Pekerja Waja Indah, Kulim. "Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Beaver dan Kujaya kerana telah menjayakan projek ini, dan pada masa akan datang kita perlukan lebih banyak penginapan pekerja di semua kawasan industri," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 11/21/2024, 10:00:27 PM
Post a Comment