Header Ads

test

SINGKIRKAN ISRAEL DARIPADA KEANGGOTAAN PBB – MB KEDAH


SINGKIRKAN ISRAEL DARIPADA KEANGGOTAAN PBB – MB KEDAH KUALA NERANG – Kewujudan Israel dalam keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah secara haram dan tidak pernah diiktiraf. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, semua pihak di setiap peringkat perlu bersatu dalam usaha menyingkirkan Israel daripada keanggotaan PBB. "Seberapa banyak langkah yang boleh diambil untuk melenyapkan dia (Israel) kena (perlu) diambil, bukan sahaja singkir, jika kita boleh lenyap, kita lenyapkan dia (Israel)," kata Sanusi. Beliau berkata sedemikian sewaktu sidang media Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Lot Desa Sejahtera daerah Padang Terap di Kampung Perik, Kuala Nerang kelmarin. Namun demikian, keanggotaan Israel sejak awalnya telah dikawal di peringkat badan dunia. Sanusi berharap segala idea dan pelaksanaan dapat digiatkan bagi menjayakan hasrat penyingkiran Israel. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 11/21/2024, 8:00:25 PM 

Tiada ulasan