Header Ads

test

KEDAH PERUNTUKKAN RM1.68 JUTA BAGI KETERJAMINAN MAKANAN


KEDAH PERUNTUKKAN RM1.68 JUTA BAGI KETERJAMINAN MAKANAN ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM1.68 juta khusus untuk program keterjaminan makanan bagi tahun 2025. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peruntukan ini melibatkan projek pembangunan industri buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman ladang serta tanaman industri dan komoditi berpotensi. Tambah beliau, kerajaan negeri Kedah turut bersetuju memperuntukkan dana RM2.56 juta bagi tujuan pembangunan industri padi. "Sektor pertanian terutamanya pengeluaran beras, adalah sektor 'lifeline' yang menjadi asas keselamatan makanan negeri dan negara. "Tanpa memperluaskan kawasan tanaman padi sedia ada, kerajaan negeri perlu menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan produktiviti padi di negeri ini," ujarnya dalam Sidang Bajet 2025 Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Menurutnya, langkah paling berkesan ialah menggunakan teknologi di setiap peringkat pengeluaran padi bermula daripada pengeluaran benih sehingga penuaian. Jelasnya lagi, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM500 ribu untuk menaiktaraf kemudahan di Pusat Mempelam Kedah di Sala, sebagai persiapan menerima lebih ramai pelancong pada tahun 2025. Tambah beliau, Pusat Mempelam Kedah di Sala, Yan adalah sebuah pusat penyelidikan, pembangunan dan hab promosi industri mempelam Negeri Kedah yang memiliki sebanyak 503 pokok mempelam daripada 118 varieti. "Selain mempelam, Jabatan Pertanian sedang giat mempromosi hasil tanaman Melon Kedah. "Projek ini yang telah dimulakan sejak tahun 2021 diusahakan secara tanaman berkelompok dengan pengusaha yang diiktiraf sebagai 'market champion'. "Dengan sasaran sejuta biji setahun, Projek Melon Kedah amat berpotensi untuk berkembang dan menguasai pasaran," katanya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #sidangbajet2025 -UPDA 11/24/2024, 12:00:41 PM 

Tiada ulasan