Header Ads

test

MB KEDAH KOMITED TANGANI ISU KOS PEMBINAAN DAN HARGA RUMAH MAMPU MILIK


MB KEDAH KOMITED TANGANI ISU KOS PEMBINAAN DAN HARGA RUMAH MAMPU MILIK ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah sasarkan 7 ribu rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kadar caj Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikenakan dan dikatakan mencecah RM7 ribu adalah untuk penyenggaraan saluran longkang perumahan. "Kesilapan terdahulu apabila kita design pembetungan saluran longkang yang kecil, kemudian apabila REHDA ahlinya ramai, buat projek banyak, rumah banyak, tetapi longkang di depan kecil, dan semua rumah airnya tertumpu di situ sehingga menyebabkan banjir, maka kita kenakan caj untuk JPS senggara saluran menjadi besar," jelas beliau. Sanusi berkata, rundingan antara REHDA dan kerajaan negeri serta jabatan agensi dijalankan dengan kerjasama yang baik tanpa sebarang penolakan caj yang dikenakan meskipun terdapat keluhan daripada beberapa pihak. "Kerajaan juga tiada pilihan untuk mengatasi masalah-masalah yang akan berlaku pada masa depan, kerajaan bertanggungjawab menjaga orang ramai dan negeri," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Makan Malam REHDA di ABC Grand Ballroom, Alor Setar. "Walaubagaimanapun kita nak mengambil jalan tengah supaya pihak yang memperoleh keuntungan sebelum ini tidak mengalami kerugian," ujar Sanusi. Katanya, beliau yakin bahawa REHDA tidak akan mengalami kerugian disebabkan ekonomi negeri kini dilihat semakin berkembang maju. Tambahnya, meskipun begitu kebanyakan rakyat Kedah mempunyai kemampuan terbatas dan perlu disesuaikan nilai mengikut kehendak pasaran. "Kita nak rumah mampu milik dapat disediakan mencukupi dengan permintaan pasaran, dalam lingkungan 200 ribu hingga 250 ribu saya fikirkan masih dalam lingkungan harga mampu milik," ujarnya. "Yang menjadi masalah sekarag di Alor Setar ialah tanah mahal, ini kerana kita disuruh untuk menaruh bendang untuk tanaman pertanian tanaman padi, jadi tanah yang terhad tersebut menjadikan kosnya tinggi," jelasnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 11/17/2024, 9:42:46 AM 

Tiada ulasan