Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun kuat dijangka berlanjutan sehingga hujung November 2024. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan dalam tempoh berkenaan. Sehubungan dengan ini, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk & Waspada) melibatkan Semenanjung yang berkuat kuasa sehingga 30 November 2024. Selain itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan masih berkuat kuasa sehingga 30 November 2024. Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari Tarikh: 29 November 2024 #ramalancuacasignifikan #metmalaysia #NRES #MalaysiaMADANI -UPDA 11/29/2024, 2:30:20 PM 

Tiada ulasan