Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐈𝐍𝐆 𝐀𝐋-𝐀𝐙𝐇𝐀𝐑 𝐀𝐒-𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐅 Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat bersama Delegasi Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan ke Pusat Pembangunan Pendidikan Pelajar Antarabangsa dan Asing Al-Azhar As-Syarif. Kunjungan delegasi disambut mesra oleh Timbalan Pengarah, Dr. Shahidah Mar'ie dan Dr. Haytham Abdel Sattar. Kunjungan ini bertujuan sebagai ramah mesra dari kerajaan negeri serta mendapat penerangan berkaitan pendidikan khususnya di pusat pembangunan ini. Turut dibincangkan dalam kunjungan ini berkenaan peluang latihan bagi guru-guru sekolah agama di negeri Kedah yang boleh memberi manfaat dan menambah kemahiran pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi pendidikan Islam dan bahasa arab. Semoga dengan kunjungan ini dapat menambah jaringan pendidikan yang akan memanfaatkan ummah khasnya di Negeri Kedah kelak. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/13/2024, 12:30:17 PM 

Tiada ulasan