Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan satu taklimat khas mengenai Rancangan Tebatan Banjir dan Pembangunan Hutan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. Taklimat ini diadakan bagi memberi penjelasan dan informasi terkini mengenai usaha kerajaan negeri dalam menangani isu banjir dan memajukan sektor hutan di Kedah. Taklimat tersebut dihadiri oleh semua Ahli Parlimen dan ADUN Negeri Kedah, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Hj Mohd Fauzi Mustaffa; Penolong Pengarah BPEN, Mohammad Khairol Akmal Adnan serta wakil-wakil agensi. Taklimat ini bertujuan untuk memastikan semua wakil rakyat memahami dengan lebih mendalam tentang rancangan-rancangan jangka panjang yang akan dilaksanakan bagi mengurangkan kesan banjir dan mempertingkatkan usaha pembangunan hutan negeri. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/12/2024, 4:00:12 PM
Post a Comment