Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat hadir ke majlis ramah mesra bersama delegasi kerajaan negeri Kedah Darul Aman bersama mahasiswa Kedah di Jordan yang dihadiri kira-kira 150 mahasiswa di Amman, Jordan. Majlis diteruskan dengan sambutan Jubli Mutiara 30 tahun penubuhan Majlis Pelajar Kedah Jordan - MPKJ sebagai persatuan utama anak-anak Kedah di sana. Turut menghadiri majlis ini Duta Besar Malaysia ke Jordan, TYT Mohamad Nasri Abdul Rahman dan pengarah Education Malaysia Jordan, Prof. Madya Dr. Radzuwan Abd Rashid. Terdapat seramai 286 mahasiswa Kedah di seluruh universiti di Jordan yang ditempatkan di Universiti Yarmouk, Universiti Jordan, WISE, Applied Science University, Universiti Mu'tah, Universiti Alil Bayt dan Zarqa. Majlis disambut meriah dengan dimulakan sesi ramah mesra dan dialog bersama delegasi Kerajaan Negeri Kedah kemudian diteruskan dengan gimik majlis serta penganugerahan hadiah dan sumbangan kepada persatuan pelajar dari Yayasan Islam Negeri Kedah. Pelbagai kalam mutiara dan kata semangat dari para delegasi buat anak-anak mahasiswa bagi menjadi insan yang bermanfaat untuk ummah, berusaha dalam menuntut ilmu serta gigih dan usaha dalam mencapai gagasan The Greater Kedah 2035. YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat turut berpesan supaya mahasiswa sentiasa tekun menuntut ilmu, niat yang betul melaksanakan perintah Allah, sentiasa berdampingan dengan Al-quran, solat berjemaah dan sedekah disamping bercita-cita menjadi mukmin yang memberi kebaikan kepada orang lain. #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/12/2024, 3:30:10 PM
Post a Comment