Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Kedah Darul Aman
Sekitar Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2024.
Majlis ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen dengan kerjasama Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Batu Grace, Kulim.
Dalam majlis yang sama turut diadakan penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan-pertubuhan masyarakat India dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Salleh Saidin; ADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan Hamzah, barisan Ahli Parlimen Negeri Kedah, Pegawai Daerah Kulim, Haji Mohd Zaini Haji Ramli.
Post a Comment