Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Hari ini, ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab mewakili YB Haji Dzowahir Ab Ghani, Exco Kerajaan Negeri Kedah, untuk hadir ke Program Kursus Pembahagian Harta Pusaka melalui kaedah faraid yang diadakan di Dewan Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah. Kursus ini bertujuan memperkasakan pemahaman masyarakat tentang pengagihan harta pusaka mengikut prinsip faraid dalam Islam. Ceramah disampaikan oleh Puan Murshidah binti Mustafa daripada firma guaman Tetuan Fariz Halim & Co, yang berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam isu-isu perundangan harta pusaka. Semoga program ini memberi manfaat yang baik untuk dipraktiskan dalam kehidupan seharian. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/7/2024, 8:49:15 PM
Post a Comment