Header Ads

test

SAMAN DITERUSKAN DEMI MENJAGA MARUAH NEGERI INI – MB KEDAH


SUNGAI PETANI – Setiap tindakan mahupun pandangan yang disuarakan adalah untuk kebaikan negeri, tanpa sebarang niat dalam mencetuskan persengketaan.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, suasana pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan kini dilihat berjalan dengan lancar.
“Apabila suasana sudah menjadi tenang, kita buat ucapan permohonan maaf kepada mana-mana pihak yang rasa terguris,” kata beliau.
Katanya, beliau juga telah beberapa kali membuat kenyataan permohonan maaf pada suatu ketika dahulu.
“Harini juga saya nak minta maaf kepada mana-mana pihak yang rasa terguris dengan ucapan-ucapan saya pada sebelum ini secara terbuka, supaya pendekatan baru yang kita ambil di peringkat negeri ini lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah.
Jelasnya lagi, satu saman telah difailkan sebelum ini dan tarikh perbicaraannya dijangka berlangsung pada 11 sehingga 13 November ini.
“Saya saman Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tersebut atas kapasitinya sewaktu beliau melaksanakan kempen pilihanraya negeri di beberapa negeri yang buat pilihan raya negeri secara berasingan.
“Saya bukan saman Menteri Dalam Negeri, tetapi saya saman Saifuddin Nasution Ismail kerana beliau telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah.
Selain itu, Sanusi turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang memfitnah Menteri Besar atau Kerajaan Negeri Kedah demi menjaga maruah negeri Kedah.
“Saya melaksanakan amanah sebagai Menteri Besar dan pentadbiran kerajaan, apabila beliau fitnah, beliau telah membuat satu kesilapan kerana memfitnah agensi kerajaan dan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan berdasarkan fakta-fakta yang tidak benar, maka kita samanlah,” tegasnya.

Tiada ulasan