Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Hari ini, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan Surat Hakmilik Geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada penduduk daerah Yan di Kompleks Perniagaan Guar Utama, Guar Chempedak. Seramai 48 penduduk menerima geran tanah dan 31 menerima Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan merangkap ADUN Sungai Limau, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat; ADUN Guar Chempedak, YB Abdul Ghaffar Saad; ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar, Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato' Muhammad Aroff Darus, Pegawai Daerah Yan, Hajah Maznim Ismail. -UPDA 11/16/2024, 6:12:35 PM 

Tiada ulasan