31 Komuniti DUN Kuah Terima iKafalah
Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah meluluskan permohonan dan membuat penyerahan khairat kematian (ikafalah) kepada 31 orang penerima buat kali ke 8/2024.
Penyerahan kali ini menelan belanja sebanyak RM15,500 dan setiap permohonan yang diluluskan, waris si mati akan menerima RM500.
Khas untuk penduduk Negeri Kedah sahaja.
ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamad mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor kerana meneruskan Sumbangan Khairat ini dalam Bajet Kedah 2025.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment