Header Ads

test

HARI KONVOKESYEN DAN PINTAR KREATIF: MEMBENTUK ASAS PENDIDIKAN KUKUH UNTUK GENERASI MUDA


ALOR SETAR - Program Hari Konvokesyen Dan Pintar Kreatif membuktikan komitmen dan usaha Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dalam membentuk asas pendidikan yang kukuh di kalangan generasi muda.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad berkata Tabika dan Taska Perpaduan memainkan peranan penting dalam membina nilai-nilai murni, semangat perpaduan dan asas pembelajaran yang kuat untuk anak-anak.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang diraikan hari ini, terutama yang menerima anugerah kecemerlangan.
“Ini adalah hasil usaha gigih anak-anak pelajar bersama bimbingan guru-guru dan sokongan ibu bapa,” ujarnya dalam Program Hari Konvokesyen Dan Pintar Kreatif Peringkat Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena di Dewan Seri Mentaloon, hari ini.
Tambahnya lagi, setinggi penghargaan perlu diberikan kepada guru-guru dan ibu bapa yang merupakan tulang belakang bagi kejayaan anak-anak.
Katanya, dunia menawarkan peluang tanpa had, tetapi ia memerlukan disiplin, dedikasi dan nilai-nilai murni yang telah dipupuk sejak di Tabika dan Taska.
“Teruskanlah memberi dorongan dan semangat agar mereka dapat berkembang dengan lebih baik,” ujar beliau lagi.


 

Tiada ulasan