KMC ATASI MASALAH RADIASI PESAKIT MELALUI ICCL
ALOR SETAR – Kedah Medical Centre (KMC) tingkatkan kemudahan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui inisiatif Invasive Cardiac Catheterization Laboratory (ICCL).
ICCL merupakan teknologi mesin angiogram berjenama Philips yang dilengkapi 12 inchi pengesan digital.
Tambahan pula, usaha KMC merupakan salah satu penambahbaikan yang selaras memenuhi permintaan masyarakat.
Perkara ini dijelaskan sewaktu Majlis Perasmian Pembukaan Invasive Cardiac Catheterization Laboratory yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Pengerusi Kedah Medical Centre.
Secara jelasnya, perkhidmatan ICCL adalah langkah penting dalam usaha KMC menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada para pelanggan.
Usaha baik ini diharapkan dapat memenuhi keperluan rawatan kardiologi dengan lebih berkesan dan memberi keselesaan kepada pesakit yang memerlukan.
Post a Comment