MB KEDAH DILEPASKAN DAN DIBEBASKAN DARI PERTUDUHAN PERTAMA
SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor kini dibebaskan dan dilepaskan (DAA) oleh Mahkamah Tinggi berhubung pertuduhan kes hasutan yang dihadapi sejak Julai 2023 yang lalu.
“Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 24 hingga 28 Februari 2025.
“Dalam tempoh lima hari itu, kita akan teruskan perbicaraan tersebut dan kita akan dengar keterangan-keterangan saksi yang dikemukakan,” jelas peguam.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut meluahkan rasa syukur dan kelegaan berkenaan keputusan Mahkamah yang telah diputuskan pada hari ini.
Tambah peguam, tiada sebarang keputusan terkini yang diputuskan bagi pihak Menteri Besar sama ada akan mengeluarkan representasi ketiga ataupun tidak pada masa kini.
“Perkara tersebut kita akan lihat apabila keadaannya timbul dan bergantung keadaan pada masa depan,” katanya.
Post a Comment