Header Ads

test

KUPANG PRIHATIN: BANTUAN UNTUK KELUARGA TERKESAN KEMALANGAN


KUPANG - Sepasang suami isteri dari Kampung Mengkuang Hujung kehilangan mata pencarian selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Disember lalu.
Siti Norzaini Sulaiman, 17, mengalami patah tulang kaki kanan, manakala suaminya, Muhammad Badrul Hisham Abu Bakar, 38, mengalami kecederaan parah di kepala dan muka dan kini masih dirawat di Hospital Baling.
Menurut Siti Norzaini, ketika kejadian, suaminya sedang menghantar beliau menaiki motosikal ke tempat menunggu van kilang di Kuala Pegang.
Mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Mengkuang Masjid sekitar jam 4.50 pagi. Ketika itu, beliau baru sahaja memasuki hari ketujuh bekerja di sebuah kilang di Seberang Perai.
Dengan keadaan mereka sekarang, pasangan ini kehilangan sumber pendapatan untuk menyara empat anak berusia antara 2 hingga 13 tahun, di mana tiga daripadanya sedang bersekolah.
Nuraini terpaksa bergantung kepada belas ehsan adik-beradik untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Semalam, ADUN Kupang, YB Brigedier (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad telah menziarahi keluarga ini dan menyampaikan bantuan tunai serta bakul makanan bagi meringankan beban mereka.
Bagi pihak yang ingin membantu, boleh menghubungi Siti Norzaini di talian 017-8469011.
“Saya juga telah meminta Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK), En. Basri Zakaria, untuk memantau keadaan keluarga ini bagi memastikan bantuan terus dapat disalurkan melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kupang,” ujar Dato’ Najmi.
Hadir sama, Pegawai Khas ADUN Kupang, Encik Mohd Sabri Abu Bakar.

Tiada ulasan