Header Ads

test



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Konvokesyen Wanita dan Undang-Undang Peringkat Negeri Kedah 2025 bertempat di Bilik Al-Hikmah Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK).
Hadir bersama dalam mesyuarat ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali; ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli; Penolong Pegawai BPEN, Sharifah Noriza; Wakil Puspanita Cawangan Kulim dan Ketua-Ketua Agensi di bawah Portfolio Exco Wanita.
Semoga program yang dirancang berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT demi kesejahteraan dan kemajukan negeri Kedah yang disayangi.


Tiada ulasan