Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, telah melawat daerah Kubang Pasu sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.
Beliau mengunjungi Dusun Riffaa, sebuah destinasi pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Changlun.
Dusun Riffaa menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung dengan suasana dusun yang nyaman serta kemudahan untuk bersantai dan menikmati hidangan tempatan.
Tempat ini menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin merasai keindahan alam semula jadi sambil menikmati suasana kampung yang tenang.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa; ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Haji Ibrahim.
Post a Comment