Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menerima lawatan dari Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan di Wisma Darul Aman.
Lawatan dimulai dengan taklimat bencana banjir Negeri Kedah yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Dato' Dr Nadzman Mustaffa.
Usai taklimat, Menteri Besar mengiringi Menteri Kewangan II ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gunong dan PPS SMK Seri Gunong.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairol Anwar Syed Abidin.
Post a Comment