Header Ads

test

LANGKAWI INTERNATIONAL HALF MARATHON (LIHM) 2024

 

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din mengiringi Keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah ke Acara Langkawi International Half Marathon (LIHM) 2024 di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi.

Baginda berdua perkenan mencemar duli bersama-sama menyertai acara larian bagi kategori 10km yang melibatkan jumlah penyertaan keseluruhan 4,169 orang bagi semua kategori.


Baginda Tuanku turut perkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang sebelum berangkat pulang.
Turut hadir Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Tiada ulasan