Header Ads

test

PERBINCANGAN PROJEK PEMBINAAN INSAN DI DUN BUKIT LADA


Pagi ini, ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood, telah bertemu dengan Sheikh Muhd Zainul Asri Romli bagi membincangkan beberapa projek pembinaan insan yang dirancang di DUN Bukit Lada.
Projek ini bertujuan untuk mewujudkan bi’ah solehah (suasana yang soleh), melahirkan masyarakat yang berilmu dan beramal, insyaAllah.
Mari kita semua mendoakan agar projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Terima kasih kepada Sheikh Zainul Asri atas kesudian dan komitmen beliau dalam menjayakan usaha murni ini.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan