Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan lawatan kerja Lembaga Maktab Mahmud ke Maahad Dini Sultan Abdul Halim, Sik.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri pembangunan sekolah tersebut yang boleh dijadikan model atau rujukan sementara bagi pembangunan Maktab Mahmud.
Moga usaha bersama ini memberi manfaat yang besar untuk pembangunan pendidikan di negeri Kedah.
Post a Comment