Header Ads

test

135 PELAJAR ASNAF DIRAIKAN DALAM MAJLIS "BACK TO SCHOOL" DUN PENGKALAN KUNDOR

 

ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari telah menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan sempena Program "Back to School" bertempat di Mydin Taman Saga baru-baru ini.
Seramai 135 pelajar asnaf dari DUN Pengkalan Kundor diraikan dalam majlis ini.
DUN Pengkalan Kundor menerima sumbangan wakalah zakat dari Kynetics Land Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan disalurkan untuk tujuan pendidikan anak-anak asnaf.
Majlis dihadiri wakil PKNK, Tuan Syed Muhammad Ezwar Dato' Wira Syed Zain, Pengurus Besar Kynetics Land Sdn Bhd, Tuan Hj Ir Wan Mohamad Hilmi, serta Pegawai Khas Parlimen Kuala Kedah, Encik Suhaimi Abdullah.
Semoga sumbangan ini memberi senyuman buat para pelajar dan menjadi pembakar semangat untuk mereka terus menuntut ilmu.

Tiada ulasan