KHATAN PERDANA DUN AYER HITAM BERSAMA YAYASAN AMAL MALAYSIA
Program Khatan Perdana DUN Ayer Hitam anjuran bersama Yayasan Amal Malaysia telah berjaya menarik penyertaan seramai 51 orang kanak-kanak di Masjid Al-Akhyar, Matang Bonglai.
Yuran hanya RM50 dikenakan ini memberi peluang kepada keluarga kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan khatan berbanding kadar biasa di klinik yang mencecah RM200.
Kejayaan program ini hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Yayasan Amal Malaysia yang menyediakan doktor sukarelawan, pihak masjid sebagai tuan rumah dan Jabatan Bomba yang membantu menyediakan kemudahan 'rain shower'.
"Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua"
Post a Comment