50 Asnaf Terima Sumbangan
Pendapatan kerajaan negeri Kedah menunjukkan peningkatan ketara, sesuatu yang jarang berlaku apabila pendapatan tahunan melonjak melangkaui rekod sebelumnya.
Inilah yang dinamakan keberkatan, apabila kita berusaha mendapatkan hasil daripada sumber yang halal.
Antara langkah yang diambil termasuk penutupan premis judi serta menjauhi amalan pendapatan 'bawah meja'.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada memasuki pusingan keempat pengagihan bantuan di Kampung Keranji, Telaga Mas.
Seramai 50 penerima asnaf telah dipilih melalui Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Keranji.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Abang Hamdi selaku pengerusi dan Abang Amir selaku setiausaha MKK Kampung Keranji, Telaga Mas atas kerjasama dan usaha mereka.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment