Header Ads

test

BENGKEL SG4 PERKUKUH KERJASAMA DAN STRATEGI KOMUNIKASI ANTARA NEGERI


KUALA TERENGGANU – Bengkel Penerangan State Government 4 (SG4) telah menghimpunkan wakil Urus Setia Penerangan dari empat negeri iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis.
Bengkel itu diadakan bagi memperkukuh kerjasama serta merangka strategi komunikasi yang lebih efektif.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, penyampaian maklumat yang kreatif dan berhikmah penting dalam memastikan mesej kerajaan negeri sampai kepada masyarakat dengan berkesan.
“Maklumat berkaitan kerajaan negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis perlu disampaikan dengan cara yang sesuai agar mudah diterima rakyat, sekali gus mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan,” ujar beliau ketika merasmikan Bengkel Penerangan State Government 4 (SG4) baru-baru ini.
Pelbagai sesi telah dianjurkan termasuk perkongsian ilmu mengenai strategi penyampaian maklumat, pengurusan media sosial dan teknik penulisan berkesan.
Sementara itu, Mantan Senator, Dato' Haji Husain Awang berkata kerjasama erat antara negeri-negeri SG4 adalah kunci kepada penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakyat.
“Keberkesanan urus setia penerangan amat penting dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap kerajaan.
"Bengkel seperti ini membuka peluang untuk memperkukuh hubungan dan meningkatkan kecekapan dalam melaksanakan tugas,” kata beliau.

Tiada ulasan