Header Ads

test


ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr. Mohd Suffian Yusoff meluangkan masa bertemu penduduk dalam Program Bersama Penduduk serta menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 15 penerima.
Program yang berlangsung di Surau Taman Rimbunan Kasih ini dipengerusikan oleh Encik Rusli bin Yusuf, Pengerusi Persatuan Penduduk.
Dr. Suffian menekankan kepentingan kerjasama penduduk serta peranan persatuan dalam membangunkan komuniti yang lebih kuat dan harmoni.
Selepas sesi serahan sumbangan, Dr. Suffian turut meninjau keadaan dewan bersebelahan surau yang memerlukan bajet untuk kerja-kerja pendawaian semula.
Dewan ini berpotensi dimanfaatkan oleh penduduk bagi menjana sumber pendapatan kepada persatuan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan