ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab, bersama Mr. Ooi Shou Wayne, Penyelaras DUN Kota Darul Aman, dan wakil-wakil dari pelbagai agensi telah mengadakan lawatan ke Tanjung Chali bagi meninjau persiapan sambutan Chap Goh Mei.
Tanjung Chali dipilih sebagai lokasi acara kerana keindahannya yang sesuai untuk perhimpunan masyarakat setempat. Lawatan ini bertujuan memastikan segala persiapan berjalan lancar, termasuk aspek keselamatan, kebersihan, dan susun atur acara.
Kerjasama erat antara agensi-agensi terlibat dan masyarakat tempatan amat penting bagi memastikan kejayaan sambutan ini.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment