Header Ads

test

MAJLIS PELANCARAN MAI SINGGAH ALOR SETAR LAGI DAN RUMAH KAYU TRADISIONAL

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin hadir merasmikan ‘Pelancaran Mai Singgah Alor Setar Lagi dan Rumah Kayu Tradisional’ di Hadapan Balai Seni, Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
Beliau berkata, Alor Setar memiliki sejarah panjang yang membanggakan setiap rakyat Kedah dan sejarah itulah yang menjadi saksi berdiri megahnya warisan-warisan seperti Masjid Zahir, Balai Nobat, Balai Besar, Muzium Diraja yang mempunyai nilai tersendiri seperti Rumah Merdeka dan Rumah Kelahiran Tun Mahathir.
Selain itu, Bandaraya Alor Setar juga menawarkan tarikan-tarikan lain, termasuk Balai Seni, Pekan Rabu, Menara Alor Setar, Gunung Keriang, Muzium Padi, Pusat Sains Negara serta Kota Kuala Kedah, di pinggirnya.
“Semuanya adalah produk-produk pelancongan yang bernilai tinggi sama sebagaimana kekayaan seni budaya, alam semula jadi, gastronomi dan pelbagai lagi yang dimiliki oleh bandar raya ini,” katanya.
Beliau seterusnya menzahirkan keyakinan bahawa 'Mai Singgah Alor Setar Lagi' dan Rumah Kayu Tradisional di Medan Bandar itu akan turut memberikan sumbangan yang signifikan terhadap kejayaan Tahun Melawat Kedah 2025.

 

Tiada ulasan