Header Ads

test


 

ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin, telah menyempurnakan penyampaian bantuan beras Sejahtera di Kampung Sungai Pisang, berhampiran Felda Lubuk Merbau, sambil melaksanakan ziarah ke rumah-rumah penduduk yang uzur.

Alhamdulillah, sumbangan ini diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban harian golongan penerima, yang majoritinya terdiri daripada penoreh getah dan petani.


Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin, bersama rakan-rakan daripada PKWR.
Semoga usaha murni ini terus membawa manfaat dan keberkatan kepada masyarakat setempat.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan