Header Ads

test

ADUN ZIARAH MANGSA RIBUT DI TAMAN SELASIH

 

ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli, turun ke Taman Selasih untuk menziarahi 10 keluarga yang terjejas akibat kejadian angin kuat kelmarin.
Syukur alhamdulillah, tiada kecederaan dilaporkan.
Kejadian tersebut menyebabkan bumbung rumah diterbangkan angin, dan ada juga kejadian di mana penduduk terjatuh di dalam rumah.
Dalam kunjungan ini, beliau turut menyampaikan sumbangan tunai bagi meringankan beban mereka yang terjejas.
Langkah seterusnya adalah mengemukakan permohonan bantuan bencana kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui Pejabat Daerah Kulim.
Beliau mendoakan agar semua yang terkesan tabah menghadapi ujian ini.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan