ADUN KUALA NERANG BERSAMA MUSLIM CARE BERIKAN SUMBANGAN 'BACK TO SCHOOL'
ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria bersama NGO Muslim Care Malaysia Society mengadakan Program Back to School bagi mengagihkan sumbangan kupon baju sekolah dan beg sekolah kepada para pelajar yang memerlukan di Dewan Kompleks Pas Padang Terap, Kampung Barokhas.
Program ini bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak menjelang sesi akademik yang akan datang.
Turut diadakan sumbangan kewangan kepada lima orang penerima yang layak bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Beliau berharap bantuan ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada penerima dan membantu anak-anak bersedia untuk sesi persekolahan dengan lebih yakin.
Post a Comment