Header Ads

test

 
 

Alhamdulillah, Program Ziarah PKWR Tanjong Dawai telah berlangsung dengan lancar di Semeling.
Program ini bertujuan untuk mendekati masyarakat setempat serta menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Antara bantuan yang diberikan termasuk Beras Sejahtera dan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban penerima.
Selain itu, sesi perkongsian maklumat berkaitan inisiatif dan dasar Kerajaan Negeri turut diadakan bagi memastikan rakyat mendapat pencerahan mengenai pelbagai usaha yang dilaksanakan demi kesejahteraan bersama.
Semoga program sebegini terus menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat serta memberi manfaat kepada masyarakat.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan