Header Ads

test

 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Negeri Kedah Darul Aman bagi tahun 2025M bersamaan 1446H di Raia Hotel Convention Centre, Alor Setar.
Hadir sama mengiringi baginda Tuanku Sultan, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Negeri Kedah Darul Aman, Dato' Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Zubir Ahmad; Sohibus Samahah Dato' Paduka Sheikh Fadzil Haji Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, YAA Dato Hj Abd Rahman Abdullah; Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat; serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.


Majlis ini turut menyaksikan pengisytiharan para pemenang bagi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Negeri Kedah Darul Aman.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Muhammad 'Ammar Mukhlis Abdul Mohsin dan Nurul Husna Shariff selaku Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Kedah Darul Aman pada tahun ini.
Semoga majlis ini dapat terus menyemarakkan lagi kecintaan kita terhadap Al-Quran serta memartabatkan syiar Islam di Negeri Kedah Darul Aman.

Tiada ulasan