Header Ads

test

BANTUAN KATIL PESAKIT DUN TOKAI


Pegawai PKWR Parlimen Pendang dan DUN Tokai bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan telah mewakili ADUN Tokai, YB Dato' Dr. Mohd Hayati Othman dalam menyampaikan bantuan katil pesakit kepada saudara Lukmanul Hakim di Bukit Lanjut.
Beliau sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan Masjid Kerkau yang mengakibatkan kecederaan serius, termasuk patah kedua-dua belah paha serta tangan kanan.
Semoga saudara Lukmanul Hakim segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala.
Mari kita mendoakan agar beliau diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan