Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Jemaah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama Islam Negeri Kedah (JPIPAI) di Wisma Darul Aman.
Rombongan delegasi itu diketuai oleh Pengerusi JPIPAI Kebangsaan, Ustaz Khubaib Ramli bersama Pengerusi JPIPAI Kedah, Ustaz Muaaz Othman serta barisan Ahli Jawatankuasa JPIPAI Kedah.
Semoga kunjungan ini dapat mempereratkan hubungan antara JPIPAI dan Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha memajukan institusi pendidikan Islam.
Mudah-mudahan, apa yang dibincangkan dapat membawa penyelesaian terbaik untuk isu-isu yang ada, sekaligus memperkasakan pendidikan Islam di negeri kita demi kebaikan anak-anak kita pada masa depan.
Post a Comment