Header Ads

test

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA EXCO SUKAN KEDAH



Kejohanan Sepak Takraw Regu Terbuka dan Regu Tertutup Bawah 20 Tahun Piala Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah 2025 anjuran bersama Pejabat Exco Belia & Sukan Negeri Kedah, Persatuan Sepak Takraw Daerah Kulim, Majlis Sukan Negeri Kedah dan Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah telah berlangsung di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech pada 18 Januari 2025 lalu.
Sebanyak 31 regu kategori terbuka dan 24 pasukan kategori bawah 20 tahun telah bertanding dalam kejohanan ini. Kejohanan ini bertujuan untuk mencari dan memilih pemain bagi disenaraikan dalam senarai awal pasukan Sepak Takraw Kedah menuju SUKMA 2026 di Selangor.
Seramai 36 pemain dari kejohanan ini telah dikenalpasti untuk diuji dalam sesi pemilihan seterusnya.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama menjayakan program ini.


 

Tiada ulasan