Header Ads

test

FORUM ISRA' MIKRAJ DI MASJID KAMPUNG KUBANG LINTAH


ADUN Kuala Nerang,YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menghadiri Forum Isra' dan Mikraj yang diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar, Kampung Kubang Lintah.

Forum yang bertemakan 'Menghayati Pengajaran Isra' dan Mikraj' turut dihadiri oleh jemaah masjid dan penduduk setempat.

Forum ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman umat Islam mengenai peristiwa Isra' dan Mikraj, selain meningkatkan semangat ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

Forum disampaikan oleh Mudir Pondok DARSA Pokok Machang, Kuala Nerang, Ustaz Amidi Syeikh Zainal Asri dan Mudir Madrasah Assolihiyyah Bukit Nyamuk Kuala Nerang, Ustaz Habibullah Salleh.

Tiada ulasan