GURU PEMANGKIN GENERASI BERILMU
ALOR SETAR – Guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) terus diiktiraf sebagai pemangkin utama dalam melahirkan generasi berilmu dan beriman.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin, guru KAFA berperanan menjadi teras kepada sistem pendidikan agama di negeri Kedah.
"Peranan guru sangat penting dalam melahirkan generasi pewaris negara yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu dunia tetapi juga mempunyai jati diri Islam yang kuat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan berMesyuarat Agung Badan Kebajikan Warga KAFA (BKWK) Negeri Kedah ke-13 yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, hari ini.
Salleh Saidin turut mengimbau sejarah pendidikan Islam di Kedah yang bermula sejak pertengahan abad ke-19 melalui sistem pondok.
“Kedah mempunyai sejarah panjang dalam pendidikan agama. Sekolah-sekolah pondok menjadi perintis kepada kemunculan sekolah kebangsaan dan terus memainkan peranan penting hingga kini,” ujar beliau.
Tambahnya, mesyuarat Agung menjadi platform penting untuk guru-guru KAFA dan pihak pengurusan membincangkan hala tuju pendidikan agama di negeri Kedah.
Hadir sama Wakil Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINK Ustaz Othman Mohamad.
Post a Comment