Header Ads

test


                                         

Hampir sebulan penduduk DUN Kupang hidup dalam kebimbangan akibat tindakan manusia berhati iblis yang menggugat ketenteraman.
Setiap kali malam menjelma, rasa tidak selamat menyelubungi penduduk.
Situasinya boleh diibaratkan seperti ular masuk ke dalam rumah—dicari tidak jumpa, membuat satu rumah tidak lena tidur sepanjang malam.
Apa pun alasan yang diberikan, perbuatan mengganggu, menggugat ketenteraman, memusnahkan, apatah lagi membakar harta benda, jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan dilaknat oleh Allah Yang Maha Esa.
Kepada pelaku perbuatan keji ini, ingatlah akan janji dan balasan Allah yang pasti menanti! Firman Allah:
اِنَّمَا السَّبِيْلُ عَلَى الَّذِيْنَ يَظْلِمُوْنَ النَّاسَ وَيَبْغُوْنَ فِى الْاَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّۗ اُولٰۤىِٕكَ لَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ
Artinya: “Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di bumi tanpa (mengindahkan) kebenaran. Mereka itu mendapat siksa yang pedih."
(QS. Asy-Syura: 42)
Pada rondaan minggu ketiga malam kelmarin, beberapa pos kawalan keselamatan penduduk yang belum sempat dilawati dikunjungi oleh ADUN Kupang, YB Brigedier (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad untuk mendapatkan maklumat terkini dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada petugas keselamatan.
Dalam masa yang sama, kita tidak boleh berhenti berusaha dan berdoa, memohon pertolongan Allah, kerana bantuan-Nya pasti akan tiba.
Beliau bersama seluruh penduduk, menyerahkan harapan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini dengan bijaksana agar ia tidak berpanjangan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan