Header Ads

test

KEDAH KOMITED PERKASAKAN INDUSTRI HALAL

Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan mesyuarat bersama Pengurus Kanan Bahagian Industri PKNK, Azwan Abdul Wahab; Penolong Pengarah BPEN, Naqiuddin Razali dan Penolong Pengarah BPEN, Juwaidi Mahmood bagi membincangkan perkembangan Industri Halal di negeri Kedah.
Kerajaan negeri Kedah komited untuk memperkasa sektor ini sebagai salah satu pemacu ekonomi negeri, dengan fokus kepada pembangunan ekosistem halal yang lebih menyeluruh.
Antara perancangannya adalah memberi sokongan dan membantu usahawan halal dalam bentuk latihan dan mendapatkan pensijilan halal.
Selain itu, menarik pelaburan dalam industri halal, terutamanya dalam sektor pemprosesan makanan, farmaseutikal dan logistik halal.
Dengan usaha bersepadu ini, Kedah berpotensi menjadi hab halal utama di rantau ini selaras dengan agenda Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.

Tiada ulasan