Header Ads

test

KEM BINA SAHSIAH FOKUS BINA I.M.E.J


ALOR SETAR - Kem Bina Sahsiah (KBS) 2025 memfokuskan kepentingan membina I.M.E.J iaitu Iman, Mental, Emosi, dan Jasmani bagi melahirkan belia yang sejahtera.
Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, KBS merupakan satu usaha untuk membentuk generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga berketerampilan tinggi, berdisiplin dan mempunyai sahsiah yang baik.
"Dalam dunia yang semakin mencabar ini, sahsiah yang kukuh dan karakter yang terpuji adalah asas kepada kejayaan yang sebenar," ujarnya ketika merasmikan Majlis Penutupan Kem Bina Sahsiah 2025 di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.
Jelasnya, KBS ini diwujudkan hasil buah fikiran oleh Almarhum Tan Sri Dato’ Seri Diraja Haji Azizan Abdul Razak dengan tujuan untuk membina insan yang unggul berdasarkan empat asas utama yang terangkum dalam tagline IMEJ.
Tambah beliau lagi, program ini bukan sahaja bertujuan memberikan pengalaman baru, tetapi juga bertujuan membentuk sahsiah diri dan akhlak yang baik para peserta
"Saya berharap agar semua peserta dapat membawa pulang nilai-nilai murni yang telah dipelajari sepanjang program ini.
"Ibu bapa perlu memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk terus maju dalam membentuk sahsiah diri yang unggul," katanya.
Menurutnya, program itu perlu dijadikan sebagai asas untuk terus memperbaiki diri dan menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan