Header Ads

test


 

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa yang penting buat umat Islam. Membuktikan kebesaran kuasa Allah SWT yang melangkaui peraturan alam serta menunjukkan kemuliaan Rasulullah SAW yang diangkat sehingga langit ketujuh menuju Sidratul Muntaha.
Sebelum mendapat pengiktirafan agung daripada Allah SWT, Rasulullah SAW melalui siri kesedihan demi kesedihan dalam perjalanan dakwah ketika di Mekah. Juga diuji dengan kehilangan sayap kiri dan kanan beliau, isteri dan bapa saudara Baginda yang menjadi tonggak kekuatan perjuangan Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah Islam.
Melalui peristiwa inilah Allah SWT ‘menghadiahkan’ pensyariatan berupa solat kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa ini mengajarkan bahawa solat merupakan tonggak kekuatan utama buat umat Islam. Kita akan menjadi lemah jika mengabaikan solat untuk mendahulukan urusan dunia.
Sama-sama berazam memperelokkan solat kita sebagaimana kita memperelokkan rupa paras dan urusan dunia kita.

Tiada ulasan