KERAJAAN NEGERI USAHA TANGANI MASALAH AIR EMPANGAN DILEPASKAN KE LAUT
PADANG TERAP - Kerajaan negeri Kedah berusaha melaksanakan Pembangunan Kolam Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) untuk mengatasi masalah air empangan yang dilepaskan ke laut.
Namun katanya, dalam masa yang sama banyak air yang terpaksa dilepaskan ke laut.
Menurut beliau jika projek itu berjaya, air yang dilepaskan boleh disimpan terutamanya untuk kegunaan pada musim kemarau.
“Sumber air benda yang sangat penting dan melibatkan pelbagai pihak bukan sekadar MADA tetapi melibatkan perhutanan.
“Menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara kelestarian alam,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar ke Pulau Bomba, Tasik Pedu.
Dalam lawatan tersebut, pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) turut memberi taklimat terkini berkenaan empangan Tasik Pedu.
Post a Comment