KHALIFAH: USAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH SANTUNI ANAK MUDA
JITRA - Holistic Leadership & Integrity For Aspiring Higher Achievers (KHALIFAH) adalah satu usaha yang telah dirancang untuk mendekatkan barisan anak muda dengan kerajaan negeri Kedah.
"Program Khalifah ini kita bina untuk membolehkan para peserta merasa keterikatan dengan negeri ini.
"Jangan pernah merasakan kerajaan negeri tidak mempedulikan kalian. Kerajaan sentiasa mengingati dan menantikan generasi kalian mengambil alih pada masa depan.
"Oleh itu persiapkan diri menjadi anak muda yang paling berharga dan diimpikan menjadi pemimpin," ujarnya ketika merasmikan program KHALIFAH di Kem Paya Pahlawan, di sini hari ini.
Beliau berharap para peserta akan memberi sepenuh komitmen selama tiga hari bagi membolehkan program KHALIFAH itu akan mencapai objektif yang dihasratkan.
Tambahnya, beliau akan memberi peruntukan sebanyak RM3000 kepada setiap persatuan anak negeri Kedah di universiti awam Malaysia dan universiti yang terpilih untuk menjalankan program.
"Bagi pelajar yang mempunyai kertas kerja yang bagus insya-Allah saya akan bagi lebih daripada RM3000.
"Pastikan belajar bersungguh-sungguh, hidupkan universiti dengan aktiviti yang sihat, santuni sahabat-sahabat di universiti dengan baik," nasihat beliau kepada para peserta.
Post a Comment