KEDAH SUMBANG RM45.8 BILION DALAM PELABURAN NEGARA
ALOR SETAR – Kedah membuktikan perkembangan hasil kemajuan negeri melalui sektor pelaburan yang kini berkembang pesat.
Melalui rekod yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kedah telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM45.8 bilion sekaligus menjadi negeri keempat tertinggi dalam senarai pelaburan di Malaysia pada tahun 2024.
Peningkatan yang dicapai membuktikan Kedah mampu menyumbang kepada jumlah prestasi dan kedudukan pelaburan Malaysia.
Selain itu, Kedah juga mencipta sejarah apabila muncul sebagai negeri dengan pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan, dengan jumlah pelaburan mencecah RM44.1 bilion.
Prestasi luar biasa yang dicapai membuktikan Kedah sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan dan hab industri yang semakin maju.
Tambahan lagi, pencapaian ini turut menekankan komitmen Kedah dalam menarik pelaburan strategik berkualiti tinggi, sejajar dengan keutamaan negara untuk mempercepat transformasi industri.
Kejayaan ini didorong oleh penglibatan aktif pelabur, sokongan menyeluruh, serta kerjasama erat antara sektor awam dan swasta dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.
Post a Comment