KILANG UNIMX TECHNOLOGY DIBUKA DI KULIM
Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang UNIMX Technology Malaysia Sdn Bhd di Kulim East Industrial Park.
Katanya, majlis ini menandakan satu lagi pencapaian besar dalam usaha menjadikan Kedah sebagai hab pelaburan strategik.
"Pemilihan Kedah sebagai lokasi pelaburan menunjukkan keyakinan mereka terhadap kemajuan industri di negeri ini.
"Kami berharap agar UNIMX dan pasukan mereka dapat terus bekerjasama erat dengan pihak tempatan dan memperluaskan lagi pelaburan mereka di negeri ini pada masa hadapan.
"Ini adalah langkah besar untuk Kedah dalam mencapai pembangunan industri yang mampan," katanya dalam majlis tersebut.
Tambahnya lagi, kilang ini bakal memainkan peranan penting dalam membuka peluang pekerjaan baharu dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) MIDA, Zalina Zainol; Pengerusi COSMX, Xu Yanming dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dato’ Elmi Yusoff.
Post a Comment