Header Ads

test

KEDAH SASAR 2.2 JUTA PENANAMAN POKOK SEBAGAI USAHA MEMELIHARA EKOSISTEM ALAM SEKITAR



PADANG TERAP – Negeri Kedah pamerkan sokongan terhadap agenda pemuliharaan alam sekitar melalui penanaman sebanyak 2.2 juta pokok.
Menurut Naib Presiden 1 Jemaah Dato' Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Projek 2 Juta, Dato’ Seri Setia DiRaja Dato' Paduka Bakar Din, projek ini adalah sebagai usaha dalam menjaga keseimbangan ekosistem dan kelestarian alam.
“Program ini adalah hasil titah Sultan Kedah agar masyarakat di negeri ini, mengekalkan kelestarian alam sekitar,” menurutnya.
Tambahnya, projek ini turut mendapat perhatian Tuanku Sultan sekaligus mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap projek ini.
“Terdapat tiga komponen utama yang akan diberi perhatian dengan salah satunya adalah penanaman semula kawasan hutan terosot atau yang pernah diceroboh,” ucapnya.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Pelancaran Projek 2 Juta Program Penanaman Pokok di Kawasan Hutan Torosot/Diceroboh di Kompartmen 42 Hutan Simpan Pedu.
“Selain itu tumpuan turut diberi kepada kawasan bandar agar laluan utama ditanam lebih banyak pokok bagi mewujudkan suasana kehijauan,” jelasnya.
Jelasnya lagi, projek ini diharapkan mampu mengukuhkan usaha dalam menjadikan negeri ini (Kedah) sebagai contoh terbaik dalam pemeliharaan biodiversiti.

Tiada ulasan